Wednesday, July 2, 2014

Collagen Powder

Semakin kita tua, semakin kurang tubuh kita dapat hasilkan kolagen, ini yg mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus dan juga kulit semakin kendur. Bukan hanya faktor umur sahaja yang bole mengurangkan kolagen di dalam tubuh kita tetapi faktor luaran juga seperti matahari, radikal bebas diudara, air, merokok dan lain2 juga menyebabkan kerosakan collagen. InsyaAllah shaklee collagen powder dapat membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut2.
It is proven effective! Shaklee collagen clinically tested shown that people skin appearance improve 71% after consume it continuously for 8 weeks. Wowww kena cuba nih..muka pon macam dah nampak ada garis2 halus..huhu..maklumlaa umur dah 30an kannn...
Jangan risau, no additive..bahan2 yang digunakan dalam collagen powder ni 100% pure..semulajadi dan selamat. Senang nak dilarutkan dalam air, dan ia juga bole dicampurkan di dalam minuman kegemaran anda seperti jus buah atau shaklee meal shake..nyummyyy
Collagen powder bole diminum pada waktu pagi - masa terbaik untuk menyerap nutrient ke dalam badan. Dan juga bole diminum sebelum tidur supaya ia dapat bertindak untuk memperbaiki sel2 kulit dan dalaman.
"For healthier feeling, more youthful-looking skin"

Shaklee Vivix

Syukur Alhamdulillah masih diberi nafas dan akal pikiran yang tenang untuk berkongsi pengetahuan mengenai produk-produk shaklee ni. Anak2 dah selamat beradu..bolela ibu teruskan dengan aktiviti mengupdate blog nih..hehe
Satu penemuan revolusionari dalam anti-penuaan pada tahap selular. Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.
Vivix dapat:
1) melindungi dan memperbaiki selular DNA
2) memberi impak positif kepada pengawalan genetik
3) menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
4) melambatkan pembentukan protin AGE (advance glycation end products)
Vivix juga membantu dalam memelihara/menjaga:
* kesihatan jantung * kesihatan otak * kesihatan sistem imun * kesihatan sendi * perlindungan antioksidan * peningkatan tenaga pada tahap selular * kesihatan dan kesejahteraan.
Ramuan semulajadi Vivix :
Muscadine grape, purple carrot, elderberry, polygonum cuspidatum
Sebotol vivix mengandungi 150ml.
Saiz sajian: 1 sudu teh (5ml), jumlah sajian sebotol - 30..ini bermaksud kalau vivix diambil sekali sehari sebanyak 5ml..ia akan dapat bertahan selama satu bulan.
Bulan July ni merupakan bulan promosi untuk Vivix..beli 6 free 1..so apa tunggu lagi, dapatkan vivix hari ini :D

Saturday, June 21, 2014

Shaklee Vita-Lea

Assalammualaikum and good morning..alhamdulillah bangun pagi terasa sehat dan sangat ceria. Cuaca pon cantik ja harini. Semalam bawa nuha dan dhuha gunting rambut. Puas hati sebab x payah nk bergaduh dengan nuha setiap pagi time bersiap nak ke sekolah..selalu rambut menjadi masalah untuk diuruskan..hehe..now dah pendek so mudah untuk nuha handle sendiri. Dhuha plak first experience gunting rambut kat kedai. Tak bole nak snap gambar pon sebab sibuk dok pujuk dia meraung..tp salute kat auntie tu walaupon dhuha tgh meraung but she still did a good job.
Okla done with cerita semalam. Hari ni saya nak share berkenaan vita-lea shaklee ni. Pil dia cun je warna hijau. Vita-lea shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama di cipta di dunia. Vitamin ni asalnya dikenali sebagai vitalize-mineral. Kemudian disingkatkan sebutan menjadi vitamin..dan perkataan vitamin yang disebut sekarang ni asalnya dari Shaklee. 90 tahun dulu vitamin ni dalam bentuk cecair..dengan peningkatan teknologi, ia diubah kepada bentuk tablet..yang dikenali sebagai vita-lea.
# mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Tablet ni disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Vita-lea yg paling pantas larut dalam air dan tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan vitalea shaklee selama setahun bole mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. InsyaAllah cuba dahulu baru tahu :)
Recommendation: Untuk kesihatan berpanjangan..2 kali sehari, 1biji setiap kali selepas makan.
Untuk pembesaran, kekurangan nutrisi dan tenaga..2 kali sehari, 2biji setiap kali selepas makan.
sebotol vita-lea ada 120biji..harga untuk sebotol RM88.75. Nilaikan wang anda :)

B Complex

Shaklee B Complex

Tengah duduk2 sambil melayan anak..terpikir pasal produk shaklee ni. Rupanya saya dah kenal shaklee dari zaman sekolah lagi. Masa tu just makan je vitamin2 yang mak beli tanpa amik tahu pon apa yang dimakan dan apa khasiatnya..hehe..dan semasa saya di zaman kolej..saya menghidap penyakit gastrik. Maklumla xde orang yang nak bagi arahan bila perlu makan..apa menu nak makan..dahla saya ni jenis kurang nafsu makan..mungkin itula puncanya terjadi gastrik tu. Jadi salah satu suppliment yang saya ambil time tu ialah EsP. Alhamdulillah dengan izin Allah sedikit sebanyak esp membantu memulihkan penyakit saya. Dan saya suka minum esp tanpa campurkan dengan apa2 perisa lain..hehe..itula yang tidak berubah tentang pengambilan esp saya dari dulu hingga sekarang :D
Saya juga ada mengambil vitamin b complex shaklee. Tapi time tu pil tu sangat susah ditelan. Setiap kali time makan vitamin..terasa azab sangat. Tapi tidak sekarang..cam best je time nak telan vitamin2 tu..hehe..so harini nak share skit la tentang b complex shaklee ni.
Perbezaan Shaklee: Para saintis shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yg pertama di dunia kerana kadar keboleh serapan yg sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yg terdapat di pasaran bersifat sintetik. B complex shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B..termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin b complex untuk dapatkan keseimbangan dan keberkesanan yg sempurna. Vitamin b adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu amat penting untuk kita mengambil vitamin b complex setiap hari. 8 komponen: B2 (riboflavin), B1(thiamin), B6, B3, biotin, B5, asid folik dan B12.
Manfaat utama: * menukar makanan kpd tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbo dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan.
* melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
* membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sehat dan normal bagi bayi dan kanak2. Membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta kurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang. * rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan kekalkan kesihatan rambut.
* baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
* mencegah anemia - membantu pembetukan sel darah merah yang sehat dan antibodi meransang circulation darah dalam tubuh, merenfahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
* meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan, masalah penghadaman t terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
* mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glosstis), nafas berbau. * detoksifikasi - meredakan alahan.
Recommendation: untuk rambut gugur, anemia, kesakitan..ambil sebiji untum 2-3 kali sehari..selepas makan.
Untuk kesihatan berpanjangan, hanya ambil sebiji je sehari, selepas makan. Sebotol ada 120biji, so bole bertahan selama 4 bulan..lama tuuu..amat berbaloi sebab harganya pon xla mahal..RM53.75 je.hanya 45sen yg perlu dibelanjakan untuk kesihatan dalam sehari.So apa tunggu lagi..dapatkan segera demi menjaga kesihatan berpanjangan anda..InsyaAllah.
zelda zenol sid 1144122 Shaklee Independent Distributor

Monday, June 16, 2014

Set Berpuasa

Ramadhan bakal tiba

Assalammualaikum sahabat..Alhamdulillah dengan izin Allah saya dpt mulakan blog saya. Harap dapat teruskan sampai bila2 selagi hayat dikandung badan. Hehe..                                                                  

Lagi 2 minggu Ramadhan akan menjelma. Semoga Allah panjangkan umo kita semua untuk beribadah padaNya. Dah 2 tahun Nuha anak sulung saya dapat berpuasa penuh. Harap tahun ni dia dpt berpuasa penuh lagi tapi dengan cabaran kena ke sekolah pagi dan petang. Semoga Allah beri perlindungan pada anak ibu :)  Akif pon nak belajar puasa tahun ni hehe..tahun lepas dapat habiskan satu hari full..harap dapat puasa lebih dari satu hari tahun ni. Banyak dugaan jugak time bersahur nanti memandangkan dhuha pon dah 1tahun lebih..byk kerenah dia sekarang..selalunya akan terjaga dari tidur kalau ibu xde kat sebelah. So kena well prepared la untuk lauk bersahur supaya bangun pagi x kelam kabut. So 1st step..kena make sure ada bekalan Esp, mealshake dan performance drink di dapur..:D Ini penting untuk pastikan kami sekeluarga akan kekal bertenaga hingga waktu berbuka.  Kat sini saya share sikit ye kebaikan ketiga tiga produk ni.      
                                                      
 1)Esp - soy protein isolate powder..sumber protein yg lengkap berasaskan tumbuhan. Semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dgn acid amino. Terbukti dpt kekalkan tenaga berjam2 lamanya. Amat baik utk kesihatan jantung, menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal, membantu kekalkan otot, perbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.                

2) Mealshake - memang sesuai untuk dijadikan sarapan kerana kaya dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh, membantu tumbesaran, anti oksida, kembalikan seri wajah dan membantu dalam menyelesaikan masalah sembelit.                                                        

3) Performance drink - meningkatkan daya ketahanan badan, membekalkan tenaga dengan mengimbangi elektrolit dalam tubuh dan metabolisma air dalam tubuh, mencegah penyahhidratan iaitu dengan mengurangkan kehausan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.                                        

Ok setakat ini dulu entri saya berkenaaan puasa yang bakal tiba. Harap dengan persediaan yang kita usahakan mendapat keizinan dari Allah s.w.t.
Zelda Zenol (SID 1144122) Shaklee Independent Distributor